Tuesday, June 14, 2011

Ganu kitew !

tadi citer pasal kelantan. sekarang citer pasal terengganu pulak. ye memang aku suka post banyak2 entri dalam satu hari. suka hati aku lah kan blog aku.

kat terengganu ni orang panggil ikan 'ikang' segalanya ang ang ang. itu yang uniknya. kalau kat kelatan loghat dorang ada macam bunyi huruf E skit kat belakang. kalau negeri aku pulak terkenal dengan bah bah bah yang orang semenanjung tak habis2 nak menghanjing tu bila orang sabah sebut bah' aku pun tak faham nape. kadang2 aku geli hati jugak bila dengar dorang cuba nak ber'loghat sabah'. kelakar bunyinya. haha. mungkin dorang nak belajar kot. biarkan la mereka.

***

aku merepek apa da nih. tak. aku nak citer pasal ganu kitew tadi. takda apa pun. kat ganu tuh hanya singgah aje sebab kelantan dengan terengganu sebelah2 aje. g rantau panjang. rantau panjang ni merupakan pekan sempadan antara Malaysia dengan Thailand. so, kebanyakkan barang2 jualan kat sana dari Thailand. pekan tu pun kawasan bebas cukai. sana pun takda apa. macam pasar yang kat kelantan tu. yang peliknya masuk sana ada lalu dekat cek point tu, kat situ kalau masuk tak kena cek apa2 tapi keluar dari situ kalau korang ada beli barang mentah2 sila2 lah bukak bonet kereta tu untuk diperiksa. (jgn tny kenapa sbb aku pun xth). pastu g kat satu jalan tu sepanjang jalan tu sebelah dia laut je. memang cantik. aku tak pasti kat mana sebab aku baru bangun tido lam kereta tu.


aku jugak sempat g pasar payang. pasar payang ni ada macam pasar besar kat Tawau,Sabah. pasar payang ni merupakan central market kat terengganu. location dia dekat je dengan terminal bas terengganu. kalau nak beli batik terengganu, kat sini lah tempatnya. lawa2 punya batik. harga boleh runding. selain batik, terdapat juga kopok ikang, undang dan sotong. sate ikan memang sedap. satar pun boleh tahan jugak. kopok lekor tak cakap lah kan. 

tak sah g terengganu kalau tak pergi Masjid Kristal kan. kat sana memang menarik bangunan2 islam. tamadun islam.


 sekian . .

until the next entry yaw!

No comments:

Post a Comment