Wednesday, May 25, 2011

hamek kau !

sampai demam2 aku makan banyak dekat rumah. dasyat tak dasyat. kau boleh ? haha.
ok lah, aku demam ke tak demam ke kau kesah apa kan. marilah aku nak kongsi dengan kau dua tiga rahsia.
kelvinzahri yang bagi tahu aku rahsia ni, tak cayo tapo.

1. KERUSI BAYANGAN
Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
1. BERDIRI TEGAK SAMBIL BERSANDAR PADA DINDING.Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi. Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama. Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’. Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari. 

Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.

 2. JOM MEN GUNTING2
Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.
3. NI RAHSIA PALING BEST
Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!

TAPI...kalau aku da bagi tahu kat kau mana nak rahsia da kan. hamek lah tips ni. disamping itu, wah disamping itu tau aku guna. haha. kau kena la makan makanan berkhasiat. bukan makan, makan dan M A K A N je.
until the next entry yaw!

No comments:

Post a Comment