dia afiq. dia siddhartha. mereka dua orang berbeza. aku tok dalang. aku orang di sebalik layar putih yang menggerakkan jalan cerita. agar tak terpesong ke jalan keluar dari kegelapan. memastikan mereka terus gelap di sebalik layar putih.
***
"kau nak ikut aku main siddhartha?"
"main apa?"
"permainan hatkor."
"tak songsang kan?"
"jangan merepek. tak."
"baik."
dia afiq. dia siddhartha. mereka berdua mula berjalan tanpa arah tuju. afiq di depan. siddhartha mengekori di belakang. tanpa tujuan. tanpa destinasi. sampai satu lebuh raya, kereta penuh laju. afiq terus melangkah dijejak siddhartha tanpa mengubah walau setapak. tenang. setapak demi setapak. tidak berhenti walau sejenak. di seberang mereka bernafas dengan selamat.
"kereta sebanyak dan selaju itu pun tak mampu bunuh kita."
"betul. kita hebat."
"nak terus main?"
"baik."
dia afiq. dia siddhartha. di seberang lebuh raya ada hutan. matahari mula berselimut, awan meludah tanpa henti, mereka tetap menggerakkan kaki kanan dan kiri silih berganti. redah hutan daki gunung. afiq di depan. siddhartha mengekori di belakang. lewat malam, puncak mereka tawan.
"gelap malam, ribut petir pun tak halang kita pijak kepala gunung ini."
"betul. kita hebat."
"nak terus main?"
"baik."
dia afiq. dia siddhartha. menuruni gunung ada gaung. afiq pandang siddhartha.
"kali ini serentak."
"kau tak mahu di depan?"
"kali ini serentak."
"baik."
dia afiq. dia siddhartha. gaung mereka turuni serentak. langkah demi langkah, langkah siddhartha hilang tempat berpijak. siddhartha jatuh.
he has the heart of a pig
he has the lung of a rat
he was fearless and strong
he will make you crawl
but
he is still the mastermind
you will follow him
through the jungle
through the dark
lalu mati.
dia afiq. dia geleng kepala. dia mengeluh.
"bodohnya kau. asyik mengekori aku. tak reti atur langkah sendiri. baru pada tahap kesukaran ini kau sudah gagal. "
dia afiq. dia meneruskan perjalanan pulang ke rumah. pelbagai cabaran, ditempuh mudah. di penghujung subuh, dia sudah nampak kelibat rumah. dia senyum sendirian.
"matahari akan muncul serentak dengan kejayaan aku melangkah kembali kaki ke dalam rumah."
dia afiq. dia berlari tanda puas. tanda meraikan kemenangan.
dia afiq. dia tersadung kaki. jatuh kepala terhantuk batu.
And sooner or later
Everbody’s kingdom must end
And I’m so afraid your courtiers
Cannot be called best friends
lalu mati.
***
di neraka afiq ketemu siddhartha lagi. siddhartha sedang ketawa.
"kenapa kau ketawa sedangkan kau gagal?"
"aku gagal pada saat getir. bodohnya kau gagal pada penghujung yang mudah."
( penulisan dari ‘kain buruk’ )
No comments:
Post a Comment