Saturday, June 25, 2011

kisahnya. . .

aku jumpa gambar ni dekat mukabuku. ana tag. i loike gmbar ni. haha. budak2 praktikum aku masa kat matrik dulu2. ceh dulu2 konon. bajet lama la kan. meh aku kenalkan sorang2. mula dari atas sebelah kiri sekali :


ALAN. ketua praktikum kami. sangat berjiwa bisnes. membawa watak sebagai seorang yang mementingkan kebajikan rakan2 praktikumnya. dah nama pun ketua kan.

HAFIZ. tak payah nak skema sangat panggil dia hafiz. panggil dia BEDUL je. kenapa bedul? tak tahu lah dia. membawa watak sebagai musuh ketat kepada IJA. rambutnya agak tak lurus tapi baru2 ni beliau telah meluruskannya (rebonding).

FAKRUL. membawa watak sebagai seorang yang kurang melayan budak2 nakal. bersifat sedikit skema. gentleman kadang2. sering dibahan oleh budak2 yang amat lah dengki dengan sifat gentleman beliau.

RIFHAN. nama yang boleh tahan sedap tapi beliau lebih terkenal dengan panggilan DOT. kenapa dot? tak tahu lah dia. membawa watak sebagai musuh paling ketat IJA. kulitnya agak hitam. oleh kerana itu sir razak menggelarnya budak negro. bhahahaha.

FAHMI. lebih terkenal dengan panggilan famifroy. tapi aku memanggilnya katak. ong kedek2. haha. membawa watak sebagai musuh suam2 ketat IJA. lelaki biru. sebab baju kuliah dia semuanya warna biru. ada satu je baju dia warna hitam.

AMIR AIZAT. rakan lelaki pertama yang aku kenal di matrik. kami sering dibahan pada awal sem. mungkin kerana mereka dengki sebab aku tegur amir dulu tak tegur dorang yang lain. haha. seorang yang high test kot. membawa watak yang seiring mengikut hatinya. suka hati dia nak kata apa komen apa. janji rock. ha! lagi satu. sering bertegang urat dengan FAHMI. namun FAHMI dan dia saling sayang menyayangi. haha.

AFIFAH. seorang yang berjiwa kental. berbagai dugaan hidup yang ditempuhi beliau. (aku tau lah) rakan sekolah teknik aku masa form 4&5. jumpa lagi di matrik. membawa watak sebagai seorang yang sering dikongkong oleh boyfie beliau. beliau tak boleh berkawan rapat dengan mana2 lelaki pun kat matrik disebabkan boyfie beliau. kesian. tapi apa kau nak kesah. tu kehidupan dia. kau duduk diam dan baca saja.

FAZLYANA. suka buat kerja kumpulan dengan dia. suka tgk dia senyum. heee. dia pandai menstylekan shawl dia. sering bangun lambat sebab aku da keluar bilik untuk ke kuliah dia baru nak pergi mandi. tapi dia bukan seorang yang tak menepati masa okay. tak pernah pulak aku tengok dia lambat masuk kuliah.

IZNIZA. gadis berselendang biru itu berperwatakkan ceria. sangat kelakar bila dia marah. aku suka bergurau dengan dia. bila dia marah tak pernah lupa mengangkat bukulimanya tanda marah. haha. sangat comel.

AFIFI. JPP perempuan praktikum kami. hehe. agak tegas bila dia sedang menegaskan diri. beliau sangat baik^_^. kadang2 memahami orangnya. beliau juga berbisnes topup secara senyap2. FAKRUL adalah pelanggan tetap beliau. satu hari lima kali dia beli topup kat fifi.

FADHILAH. sahabat rapat IJA. IJA sangat rindu dia sekarang. sobsobsob. seorang yang pandai bersajak. sering mendapat jemputan kebeberapa majlis rasmi untuk hikmat sajak beliau. membawa watak gadis perkasa. haha. dia sangat kelakar orangnya.

FARIZA. lebih terkenal dengan panggilan IJA. ada tiga musuh ketat. mereka daripada kumpulan PISHANG(fahmi,rifhan dan bedul). tiga samdol itu sering mencari pasal dan sering mencari bahan untuk membahan IJA. tapi usaha mereka sia2 sahaja kerana IJA berjiwa kental,sangat kenal dengan kelemahan musuh2nya. haha. sahabat rapat FADHILAH. berperwatakkan sangat baik dan lemah lembut (sila percaya) haha.

SANDRA. gadis dari Sarawak. membawa watak sebagai gadis yang amat dasyat. sering mengikut kepalanya sahaja. namun dia bijak pandai orangnya. gadis kecil molek ini sangat boleh tahan tahap kelajuan beliau bercakap.

ATHIRAH. lebih gemar dipanggil ATIE. sangat manis dan baik hati. sangat pemurah dengan ilmu kerana itu beliau bijak pandai. membawa watak sebagai pelayan karenah IJA. hehe. tak saya tipu. membawa watak sebagai penolong ALAN. sangat rajin. saya rindu miskut dia. (T.T)

begitulah serba serbi serbu sebahagian keluarga aku kat matrik. tidak lupa juga pada sebahagian keluarga lagi yoke, khairul, paus, athari, capik, jawe, nua, dila, myza, dayah, qamar, ana, ira, dan yani. nak tau lebih lagi kisah kami boleh pergi dekat belog atie tekan SINI. carilah dekat belog dia entri tajuk ..saya syg C1P2.. korang just scroll ke bawah je. nanti terang2 dapat. baca dengan penuh menarik. saya suka^_^ haha. ramai kan family di matrik. ada lagi kalau sebut semua memang jenuh nak baca. aku pun jenuh nak taip. sekian. . .
until the next entry yaw!

3 comments:

amir aizat said...

knp ak pnye descrption plg pnjang hah? eh ak mne ad high taste okeyy, aku low profile jer kot.huhu
lgi satu part last tu mmg sengal,pleaselahh. geli ak dgn fami nk syg2, haha

F A R I Z A said...

aku tau ko akan baca so aku wat gitu. hahaha.

amir aizat said...

wahh terharu nyer. *sentap jap

Post a Comment