Sunday, June 26, 2011

dulu muda sekarang awet muda.

salam belog...

entah kenapa aku asek nak citer pasal dulu2 punya citer. tadi aku teringatkan myspace aku yang dah berzaman tak bukak. sebab da bosan dengan mukabuku. aku bukak myspace pulak. bertambah lah kebosanan aku. takda benda pun. aduhai. tengah2 bosan tu aku jenguk lah gambar2 lama aku yang ada kat myspace tu. wahhh aku jumpa gambar masa kat sekolah teknik. kenapalah dulu2 aku tak upload gambar aku time sekolah rendah ke kan boleh panjang sikit entri aku kali ni. heh.

ini gambar hasil sentuhan photoshop yang ajim buat. act, gambar ni siap boleh gerak2 lagi tapi ni yang statik punya. aku dulu ada belajar jugak sikit2 guna photoshop dari beliau tapi malangnya lappy ku ini takda photoshop,buktinya sila tengok header yang aku buat atas tu, aku guna paint je. sangat kuno kan. haha. apa boleh buat. layan~
gambar ni pula kalau tak silap aku time ni tengah outing malam. bukan untuk berfoya2, nampak aku tengah pakai baju batik tu ni adalah lawatan malam ke MITC Melaka. ada pertunjukkan kebudayaan. aku bukan budak kebudayaan tapi aku men terjah je. aku follow je buat2 muka kebudayaan sikit kan. haha. ingat senang nak kuar free2 malam2 time duk asrama. mimpilah.. fly tu len citer la kan.

ni pula gambar baru lepas nasyid semperna apa aku tak ingat. bukan persembahan tapi pertandingan inter course. kitorang wakil dari civil. tapi enam orang kat atas ni tak nyanyi pun. kitorang men alatan musik yang tuk nasyid punya lah kan. yang menyanyi adik2 form 4 civil tu pun sebab dorang tak reti men alatan sumer tuh so kitorang tolong lah. dan sudah semestinya dengan iringan musik profesional maka kami menang dalam pertandingan nasyid tempat pertama. tahniah untuk kami. haha.

ha gambar yang ni pulak aku buat khas untuk kawan2 seperjuangan kat SMTM tuk SPM masa tuh. sedikit sebanyak ada lah jugak menyumbang semangat kepada mereka kan. skema kan aku dulu pakai tag nama. aku dah kata aku budak baik. tanak caya lagi.

gambar ni pulak kami amek untuk tujuan bersahaja. ini budak2 kelas aku 5 awam 2. mana budak lelaki? oh mereka tengah syiok main bola. time ni waktu PJ (pendidikan jasmani) yang perempuan malas nak bersukan. lebih gemar menternak lemak kami saja. minggu last PJ pun waktu tuh.

yang ini gambar kami baru lepas amali awam. sangat seronok dengan cikgu Anas. cikgu pratikal actually. sebab tu die baik. lihatlah bakal2 engineer awam kelak.

kini, selamat tinggal SMTM. semoga aku dan rakan2 berjaya dalam kehidupan kami. terima kasih SMTM.

Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka.

camtu lah serba serbi serbu kisah muda2. sekarang pun masih muda. haha. kenangan indah itu tercipta apabila kita yang menceriakan hari2 kita dan mengindahkannya. jika bahagia yang dicari untuk hari2 mu bahagia lah yang kamu dapat. jika masalah yang kau cari, masalah lah yang kau dapat. sekian...

pssstt!! (penuh harmoni dan paisey ending untuk entri kali ni..)
until the next entry yaw!

2 comments:

Unknown said...

pgwas pkai kain hitam ker?

F A R I Z A said...

eh tade ar. kain itam tu PRS lah. pengawas pkai blezer bagai tuh kaler meron. muka aku jdi pgawas? haha. rosak mereka nt. huahuahua..

Post a Comment