Saturday, June 16, 2012

lepak melepak

perbezaan aku dengan blogger tegar yang lain adalah aku sering update cerita yang telah berlaku dua tiga bulan yang lepas. nanti aku akan cuba update cerita yang 10minit telah berlaku pada aku pulak. tapi nanti lah. 'nanti' aku kadang kadang memakan masa hampir setahun jugak. aku rasa lebih baik mengupdate cerita yang telah berlaku dua tiga bulan yang lepas daripada menunggu hampir setahun kan. 

sekali lagi intro aku memang takda kene mengena pun dengan tajuk entri kali ni. 
cerita yang aku nak ceritakan ni memang takda kene mengena dengan orang lain selain kami berlima(aku,tira,mai,nida, dan yaya). cerita ini mengisahkan apabila tahap kebosanan kami hanya sedang sedang sahaja bila ketiadaan kelas kuliah. maka kami berlima bersepakat lima hati lima jantung untuk pergi melepak tanpa menganggu orang lain di IRC,UTP. dalam kata lainnya pusat sumber. manalah tahu ada kanak kanak bawah umur yang sedang membaca belog aku ni kan bagi memantapkan lagi karangan mereka. misi kami melepak kali ini adalah untuk menangkap gambar di IRC sahaja. bukan gambar buku buku ilmiah mahupun komik jenaka. tapi gambar muka kami berlima dengan pemandangan rak rak buku bagi menampakkan kami seorang yang ulat buku walaupun hakikatnya tidak sama sekali.

setelah hampir satu jam mengisi masa lapang kami dengan perkara yang tak berapa nak berfaedah. maka dengan senyuman kami meninggalkan IRC tanpa menganggu mahasiswa/wi yang lain. aku berharap, dengan adanya potret gambar ini maka tidak perlu lah lagi kami berposing ketika mengulangkaji di IRC kelak agar dapat memberikan tumpuan dengan sepenuh hati.




misi tamat.


until the next entry yaw!

No comments:

Post a Comment