Thursday, June 30, 2011

tahukah anda ?

tahukah anda bahawa 80percent blogger2 di blogspot.com menganjurkan contest mereka sendiri. dan. untuk menambahkan 0.01percent lagi, aku nak menganjurkan satu contest. wahhhhhh.(sebut ramai2) tapi aku perlu feedback dari blogger yang lain dulu. sila like post entri nih jika berminat. kalau jumlah mereka yang 'like' memberansangkan, aku amat lah berbesar hati untuk buat satu contest. tapi kalau sebaliknya, terpaksalah aku lupakan niat aku ini.

sekarang, anda tahu.


until the next entry yaw!

Wednesday, June 29, 2011

lazy me.

today i don't feel like doing anything, i just wanna lay in my bed. don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone. cause today i swear i'm not doing anything.
until the next entry yaw!

Tuesday, June 28, 2011

saya rasa. . .

tibe2 rasa nak join contest yang blogger2 anjurkan. anyone tag pls?? masih mencari contest yang berkenan di kolbu.

harap boleh la up kan lagi trafik blog saya ini.
ehem. ada contest untuk saya?
boleh la! tolong la saya..any contest..

terima kasih!


until the next entry yaw!

Monday, June 27, 2011

deeply inside. . .


 sick of crying, tired of trying, yea i'm smiling, but inside i'm dying. . .
(macam dah biasa dengar kan?)






until the next entry yaw!

inside me.

Ku lari ke hutan
Kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai
Kemudian teriakku

Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Aku mahu bingar…aku mahu di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya
Biar ramai..biar mengaduh sampai gaduh
Aihh..ada malaikat menyulam jaring labah-labah
belang
Di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja locengnya
Biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan dan
Belok ke pantai?

puisi dari Ada apa dengan cinta.

until the next entry yaw!

Sunday, June 26, 2011

dulu muda sekarang awet muda.

salam belog...

entah kenapa aku asek nak citer pasal dulu2 punya citer. tadi aku teringatkan myspace aku yang dah berzaman tak bukak. sebab da bosan dengan mukabuku. aku bukak myspace pulak. bertambah lah kebosanan aku. takda benda pun. aduhai. tengah2 bosan tu aku jenguk lah gambar2 lama aku yang ada kat myspace tu. wahhh aku jumpa gambar masa kat sekolah teknik. kenapalah dulu2 aku tak upload gambar aku time sekolah rendah ke kan boleh panjang sikit entri aku kali ni. heh.

ini gambar hasil sentuhan photoshop yang ajim buat. act, gambar ni siap boleh gerak2 lagi tapi ni yang statik punya. aku dulu ada belajar jugak sikit2 guna photoshop dari beliau tapi malangnya lappy ku ini takda photoshop,buktinya sila tengok header yang aku buat atas tu, aku guna paint je. sangat kuno kan. haha. apa boleh buat. layan~
gambar ni pula kalau tak silap aku time ni tengah outing malam. bukan untuk berfoya2, nampak aku tengah pakai baju batik tu ni adalah lawatan malam ke MITC Melaka. ada pertunjukkan kebudayaan. aku bukan budak kebudayaan tapi aku men terjah je. aku follow je buat2 muka kebudayaan sikit kan. haha. ingat senang nak kuar free2 malam2 time duk asrama. mimpilah.. fly tu len citer la kan.

ni pula gambar baru lepas nasyid semperna apa aku tak ingat. bukan persembahan tapi pertandingan inter course. kitorang wakil dari civil. tapi enam orang kat atas ni tak nyanyi pun. kitorang men alatan musik yang tuk nasyid punya lah kan. yang menyanyi adik2 form 4 civil tu pun sebab dorang tak reti men alatan sumer tuh so kitorang tolong lah. dan sudah semestinya dengan iringan musik profesional maka kami menang dalam pertandingan nasyid tempat pertama. tahniah untuk kami. haha.

ha gambar yang ni pulak aku buat khas untuk kawan2 seperjuangan kat SMTM tuk SPM masa tuh. sedikit sebanyak ada lah jugak menyumbang semangat kepada mereka kan. skema kan aku dulu pakai tag nama. aku dah kata aku budak baik. tanak caya lagi.

gambar ni pulak kami amek untuk tujuan bersahaja. ini budak2 kelas aku 5 awam 2. mana budak lelaki? oh mereka tengah syiok main bola. time ni waktu PJ (pendidikan jasmani) yang perempuan malas nak bersukan. lebih gemar menternak lemak kami saja. minggu last PJ pun waktu tuh.

yang ini gambar kami baru lepas amali awam. sangat seronok dengan cikgu Anas. cikgu pratikal actually. sebab tu die baik. lihatlah bakal2 engineer awam kelak.

kini, selamat tinggal SMTM. semoga aku dan rakan2 berjaya dalam kehidupan kami. terima kasih SMTM.

Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka.

camtu lah serba serbi serbu kisah muda2. sekarang pun masih muda. haha. kenangan indah itu tercipta apabila kita yang menceriakan hari2 kita dan mengindahkannya. jika bahagia yang dicari untuk hari2 mu bahagia lah yang kamu dapat. jika masalah yang kau cari, masalah lah yang kau dapat. sekian...

pssstt!! (penuh harmoni dan paisey ending untuk entri kali ni..)
until the next entry yaw!

Saturday, June 25, 2011

kisahnya. . .

aku jumpa gambar ni dekat mukabuku. ana tag. i loike gmbar ni. haha. budak2 praktikum aku masa kat matrik dulu2. ceh dulu2 konon. bajet lama la kan. meh aku kenalkan sorang2. mula dari atas sebelah kiri sekali :


ALAN. ketua praktikum kami. sangat berjiwa bisnes. membawa watak sebagai seorang yang mementingkan kebajikan rakan2 praktikumnya. dah nama pun ketua kan.

HAFIZ. tak payah nak skema sangat panggil dia hafiz. panggil dia BEDUL je. kenapa bedul? tak tahu lah dia. membawa watak sebagai musuh ketat kepada IJA. rambutnya agak tak lurus tapi baru2 ni beliau telah meluruskannya (rebonding).

FAKRUL. membawa watak sebagai seorang yang kurang melayan budak2 nakal. bersifat sedikit skema. gentleman kadang2. sering dibahan oleh budak2 yang amat lah dengki dengan sifat gentleman beliau.

RIFHAN. nama yang boleh tahan sedap tapi beliau lebih terkenal dengan panggilan DOT. kenapa dot? tak tahu lah dia. membawa watak sebagai musuh paling ketat IJA. kulitnya agak hitam. oleh kerana itu sir razak menggelarnya budak negro. bhahahaha.

FAHMI. lebih terkenal dengan panggilan famifroy. tapi aku memanggilnya katak. ong kedek2. haha. membawa watak sebagai musuh suam2 ketat IJA. lelaki biru. sebab baju kuliah dia semuanya warna biru. ada satu je baju dia warna hitam.

AMIR AIZAT. rakan lelaki pertama yang aku kenal di matrik. kami sering dibahan pada awal sem. mungkin kerana mereka dengki sebab aku tegur amir dulu tak tegur dorang yang lain. haha. seorang yang high test kot. membawa watak yang seiring mengikut hatinya. suka hati dia nak kata apa komen apa. janji rock. ha! lagi satu. sering bertegang urat dengan FAHMI. namun FAHMI dan dia saling sayang menyayangi. haha.

AFIFAH. seorang yang berjiwa kental. berbagai dugaan hidup yang ditempuhi beliau. (aku tau lah) rakan sekolah teknik aku masa form 4&5. jumpa lagi di matrik. membawa watak sebagai seorang yang sering dikongkong oleh boyfie beliau. beliau tak boleh berkawan rapat dengan mana2 lelaki pun kat matrik disebabkan boyfie beliau. kesian. tapi apa kau nak kesah. tu kehidupan dia. kau duduk diam dan baca saja.

FAZLYANA. suka buat kerja kumpulan dengan dia. suka tgk dia senyum. heee. dia pandai menstylekan shawl dia. sering bangun lambat sebab aku da keluar bilik untuk ke kuliah dia baru nak pergi mandi. tapi dia bukan seorang yang tak menepati masa okay. tak pernah pulak aku tengok dia lambat masuk kuliah.

IZNIZA. gadis berselendang biru itu berperwatakkan ceria. sangat kelakar bila dia marah. aku suka bergurau dengan dia. bila dia marah tak pernah lupa mengangkat bukulimanya tanda marah. haha. sangat comel.

AFIFI. JPP perempuan praktikum kami. hehe. agak tegas bila dia sedang menegaskan diri. beliau sangat baik^_^. kadang2 memahami orangnya. beliau juga berbisnes topup secara senyap2. FAKRUL adalah pelanggan tetap beliau. satu hari lima kali dia beli topup kat fifi.

FADHILAH. sahabat rapat IJA. IJA sangat rindu dia sekarang. sobsobsob. seorang yang pandai bersajak. sering mendapat jemputan kebeberapa majlis rasmi untuk hikmat sajak beliau. membawa watak gadis perkasa. haha. dia sangat kelakar orangnya.

FARIZA. lebih terkenal dengan panggilan IJA. ada tiga musuh ketat. mereka daripada kumpulan PISHANG(fahmi,rifhan dan bedul). tiga samdol itu sering mencari pasal dan sering mencari bahan untuk membahan IJA. tapi usaha mereka sia2 sahaja kerana IJA berjiwa kental,sangat kenal dengan kelemahan musuh2nya. haha. sahabat rapat FADHILAH. berperwatakkan sangat baik dan lemah lembut (sila percaya) haha.

SANDRA. gadis dari Sarawak. membawa watak sebagai gadis yang amat dasyat. sering mengikut kepalanya sahaja. namun dia bijak pandai orangnya. gadis kecil molek ini sangat boleh tahan tahap kelajuan beliau bercakap.

ATHIRAH. lebih gemar dipanggil ATIE. sangat manis dan baik hati. sangat pemurah dengan ilmu kerana itu beliau bijak pandai. membawa watak sebagai pelayan karenah IJA. hehe. tak saya tipu. membawa watak sebagai penolong ALAN. sangat rajin. saya rindu miskut dia. (T.T)

begitulah serba serbi serbu sebahagian keluarga aku kat matrik. tidak lupa juga pada sebahagian keluarga lagi yoke, khairul, paus, athari, capik, jawe, nua, dila, myza, dayah, qamar, ana, ira, dan yani. nak tau lebih lagi kisah kami boleh pergi dekat belog atie tekan SINI. carilah dekat belog dia entri tajuk ..saya syg C1P2.. korang just scroll ke bawah je. nanti terang2 dapat. baca dengan penuh menarik. saya suka^_^ haha. ramai kan family di matrik. ada lagi kalau sebut semua memang jenuh nak baca. aku pun jenuh nak taip. sekian. . .
until the next entry yaw!

Thursday, June 23, 2011

tolong lahhhh...

klik lah nuff nuff  sebelah kiri awak tuh banyak2 kali.>>>> tak. jangan. bukan. tanak lah banyak2 kali. klik lah berjuta juta juuuuuuuuutaaaaaaaaa kali. tau. tau. tau.

nuff saya 0 sen lagi. kedekutnya awak nih. tenyeh je nuff nuff untuk saya bolehkan kawan?



psssttt! saya ada kawan. dia baru buat belog. jum kita terjah jum. jum lah sini!
until the next entry yaw!

jum ber'QUOTO'

Allah gave us two ears to hear, two eyes to see and two hands to hold. But why did Allah give us only one heart? Because Allah wants us to find the other one. have you already found it? should we find it??

Any guy can love a thousand girls...but only a rare guy can love one girl in a thousand ways. i think so.

They say love hides in every corner, then I must be walking in circles. i'll try it.

No matter what words were used or what meaning about love was delivered, love quotes were said and written out of inspiration and to emphasize each person’s purpose for living…and that is to give love.
-tHe eNd-


pssstt! eleh budak ni cakap dia yer cursor comel. tak heran kitew yer lagi comel. ada bintang2.^_^

until the next entry yaw!

Saturday, June 18, 2011

jalan jalan dan J A L A N lagi.

wah best pulak jalan2 tadi. jumpa ramai budak kmtj ^_^ macam2 cerita korang macam2 entri korang dan macam2 gaya blog korang. haha.

hari ni mood nak jalan2 je. terjah sana, terjah sini. jumpa itu ada macam 'WaHHHH!!' jumpa yang ini ada macam 'oh so sweetttt' jumpa yang lain lagi 'SEMPOII'. bagus bagus bagus.

ha? apa yang aku jumpa? oh aku jumpa blog blogger2 lah. aku ber'blogwalking' kejap tadi. ada yang blog menarik ada yang blog dia loading lama sangat mungkin banyak sangat hiasan yang berat2. buang2 lah yang tak patut. (pssstttt blog aku ada macam berat sangat tak???)

jumpa lagi ~
until the next entry yaw!

Thursday, June 16, 2011

entri ke 25.

kenapa 25? sebab aku baru je selesai kira berapa banyak entri yang aku da buat. setelah menekan kalkulator akhirnya aku mendapat jumlah sebanyak 25. kenapa guna kalkulator ? sebab pada mulanya aku ingat entri aku dah mencecah seratuslebih. rupanya 50 pun tak sampai lagi. sungguh menyedihkan. memang sukar untuk aku mencapai angan2 aku dek kerana tahap kemalasan aku untuk berblogging semakin meningkat.

aku tak tahu nak taip apa. agak buntu.

lupakan lah tentang kebuntuan aku. sempena entri aku yang ke25, aku nak belanja korang yang tengah baca entri aku ni naik MINI COOPER aku. Brad Pitt cakap dia nak belikan aku nanti. (sila percaya).

semalam aku membuat panggilan kecemasan dekat beliau.

assalamulaikum. boleh saya bercakap dengan Brad Pitt ?

WAALAIKUMSALAM. MAAFLAH BRAD PITT TAKDA, MALOI ADA.

maloi pun boleh lah.

MALOI BERCAKAP.

u!

HA! ADA APA?

sempena entri i yang ke25 kat blogspot, i nak adiah MINI COOPER bole tak ?

HA? (KURANG DENGAR)

takda apa. i nak tanya u ingat tak pokok bunga rafflesia yang i tanam depan matrik tuh ?

HA? KENAPA?

dah mati dah.

BUKAN U GURAU JE KE TYME U CAKAP U TANAM BUNGA TUH DEPAN MATRIK?

oh yeke? lupa pulak. ok la babai. assalamualaikum.

WAALAIKUMSALAM. ??? (MASIH BLUR)


ok. aku tak jadi nak belanja korang naik MINI COOPER aku sebab aku tak dapat nak hubungi brad pitt. yang ada hanya lah maloi si kepala angin ku itu.


nota tangan : kan dah siap entri yang ke25 aku. bukan susah sangat pun nak merapu.
until the next entry yaw!

Tuesday, June 14, 2011

Ganu kitew !

tadi citer pasal kelantan. sekarang citer pasal terengganu pulak. ye memang aku suka post banyak2 entri dalam satu hari. suka hati aku lah kan blog aku.

kat terengganu ni orang panggil ikan 'ikang' segalanya ang ang ang. itu yang uniknya. kalau kat kelatan loghat dorang ada macam bunyi huruf E skit kat belakang. kalau negeri aku pulak terkenal dengan bah bah bah yang orang semenanjung tak habis2 nak menghanjing tu bila orang sabah sebut bah' aku pun tak faham nape. kadang2 aku geli hati jugak bila dengar dorang cuba nak ber'loghat sabah'. kelakar bunyinya. haha. mungkin dorang nak belajar kot. biarkan la mereka.

***

aku merepek apa da nih. tak. aku nak citer pasal ganu kitew tadi. takda apa pun. kat ganu tuh hanya singgah aje sebab kelantan dengan terengganu sebelah2 aje. g rantau panjang. rantau panjang ni merupakan pekan sempadan antara Malaysia dengan Thailand. so, kebanyakkan barang2 jualan kat sana dari Thailand. pekan tu pun kawasan bebas cukai. sana pun takda apa. macam pasar yang kat kelantan tu. yang peliknya masuk sana ada lalu dekat cek point tu, kat situ kalau masuk tak kena cek apa2 tapi keluar dari situ kalau korang ada beli barang mentah2 sila2 lah bukak bonet kereta tu untuk diperiksa. (jgn tny kenapa sbb aku pun xth). pastu g kat satu jalan tu sepanjang jalan tu sebelah dia laut je. memang cantik. aku tak pasti kat mana sebab aku baru bangun tido lam kereta tu.


aku jugak sempat g pasar payang. pasar payang ni ada macam pasar besar kat Tawau,Sabah. pasar payang ni merupakan central market kat terengganu. location dia dekat je dengan terminal bas terengganu. kalau nak beli batik terengganu, kat sini lah tempatnya. lawa2 punya batik. harga boleh runding. selain batik, terdapat juga kopok ikang, undang dan sotong. sate ikan memang sedap. satar pun boleh tahan jugak. kopok lekor tak cakap lah kan. 

tak sah g terengganu kalau tak pergi Masjid Kristal kan. kat sana memang menarik bangunan2 islam. tamadun islam.


 sekian . .

until the next entry yaw!

Monday, June 13, 2011

K E L A T A N the "Land of Lightning"

Dari Melakau ke Kelate .

di kelantan takda apa yang menarik pun bagi aku. cuma ada batik batik dan batik. Di Pasar Siti Khatijah pun ada batik jugak. ada jugak lah jual2 barang kraftangan, makanan2 tradisi dan macam2 lagi tapi tak berapa nak menarik bagi aku.

then, sempat juga pergi wakaf che yeh. wakaf che yeh ni macam pasar. maaf bukan macam. memang pasar pun bezanya bukan barang mentah je ada, lebih kurang macam chow kit kat KL tuh. macam2 ada sana. tapi tak berapa nak kualiti sangat plus sangat MAHAL. sedar2 da seratusringgit lebih habis kat sana je. apa yang aku beli aku pun tak pasti. ada pakcik yang aku tak sempat tanya nama beliau bagi tau pasar ni dibuka start pukul 5ptg sampai 1pg lebih kalau tak silap aku. bukan bukak 24 jam ke? entah la mak enon. lagi satu kedai 7e kat sana takda jual arak beb ! (mesti ko nak cakap 'ek eleh baru tau ke? memang la aku baru pergi ngok!)

banyak lagi yang ada kat Kelatan ni sebenarnya. kalau nak main2 air pantai kat kelantan ada pantai cahaya bulan, pantai irama, pantai bisikan bayu (tapi aku tak pergi memandangkan musim panas sekarang ni. cukup lah aku sunburn sebab belajar memandu hari tu). kalau nak tau tempat2 menarik lagi boleh lah korang tanya Encik Goggle. insyaallah dia tau segala2nya.

Sekian. . .
until the next entry yaw!

Sunday, June 12, 2011

A'famosa resort

Beberapa hari yang telah lama berlalu aku sekeluarga pergi ke A'famosa Resort, Melaka.
teeettt ! gila skema bunyi macam nak buat karangan. camni lah, gua g a'famosa ritu beb. best la jugak. gua main2 air dekat Wet World A'famosa tuh. pastu gua main2 api dekat Cowboy Town pulak. gua tak stay sana beb sebab keesokkan harinya pulak gua ada test jpj beb. malam tu jugak gua balik. itu jelah citer gua. gua tengah kekeringan idea sangat dah nih. tu yang jadi camni dah. elok gua benti menaip sebelum gua,gunung,bukit,sungai sumer kuar kang.
aku tak sanggup sebenarnya nak pegang tapi rasa nak pegang tu membuak2 jadi aku pegang jelah.

adk2 tgh seronok gelongsor2 kat castle raja mana tah nih.

ni pulak gajah. kalau tanggap gambar dengan gajah ni ada dua cara. salah satu gajah ni akan angkat cam gini lah.

sekali lagi castle raja mana tah.

datin mama tengah rehat2. beliau tidak mandi. segan katanya.

ini yang terdapat di wet world.



main2 api

kalau sanggup naik tinggi2 tuh boleh la pergi sini memang best.

red indian.

bunga api yang meletup2. memang lawa gila.
ni cara kedua gajah tu akan angkat.

until the next entry yaw!

Friday, June 10, 2011

untuk permulaan.

dari mana aku nak mula? terlalu banyak yang aku nak ceritakan. tapi aku akan cuba ceritakan satu persatu. post demi post. cuba untuk kawal diri agar tidak terlalu gelojoh dan rakus untuk bercerita. aku da lama tak berblogging adalah kerana aku sudah lama tidak beronlining. aku sudah lama tidak beronlining adalah kerana aku terlalu sibuk bermula dari test jpj aku yang sudah lama berlalu hingga lah aku balik dari bercuti di negeri2 orang iaitu Melaka,dari Melaka ke Kelantan, kemudian ke Terengganu, akhirnya ke Pahang. nasib tak ke Perlis, Kedah, Perak, Sabah, Serawak. kalau tak dah jadi cuti2 1 Malaysia.

***
sebelum tu aku nak cerita aku buat roti bakar berintikan mayonis dengan kaya. mabulus perhhhh sedap weyhhh.

seketul je yang tinggal tuk tatapan umum. yang lain da selamat dalam perut adik2 aku dan aku. haha. selamat menjamu gambar. ^_^

***
cerita yang aku bercuti sakan tu akan aku ceritakan pada post yang akan datang.


selamat beramal. . .








until the next entry yaw!

Monday, June 6, 2011

* stop for a while *
until the next entry yaw!