Friday, May 20, 2011

kereta oh K E R E T A


Sangat terseksa rasanya td bawak kereta. kenapa? kerana pada kebiasaannya ada tiga orang naik kereta bergilir-gilir. tapi hari ni aku seorang jer yang bawak kereta tu. abang mi pun jaga aku seorang je,senang kerja dia hari ni. mana lagi dua orang tu aku xtahu. dorang tak datang hari ni. masalahnya kalo aku seorang je yang bawak kereta tu tanpa gilir-gilir maka tidak ada rehat bagi aku. perhh.. bawak kereta tengah panas terik. memang mandi lah aku dalam kereta tu kan. 

hari ni jugak first time aku bawak kat jalan raya besar. memang sangat menakutkan. bukan takut pada awalnya,ini takot dari awal sampai tamat aku takut bawak kereta tu. kenapa? sebab kereta tu aku bawak laju dan aku sangat tak biasa. tu kereta yer cik ija bukan go kart jadi tak perlu lah nak laju sangat. da takut lagi nak bawak laju kan. aku pun tak faham. haritu bawak motor pun abang mi cakap aku bawak macam palesit. macam je ok.

hari ni jugak aku banyak langgar tiang nak masa keluar parking dan untuk pertama kalinya aku jatuhkan tiang sebab selama ni tiang itu aku memang tak pernah jatuhkan pun.(terer lah konon) . masuk ok macam mana keluar boleh langgar tiang ni za. itu yang abang mi cakap kat aku. alahai saya sudah penat la macha. ayoyoyo. 

jam menujukkan pukul 11.30 p.m dan sang matahari tersenyum lebar tika melihat muka aku dah gelap sikit dek kerana panahan sinarannya. memang berbelang dah muka aku. aku sengaja tak lap peluh kat muka aku biar basah bagai kereta tak ada wiper terkena hujan lebat. lalu, abang mi terlihat muka aku yang sangat berkilau-kilau itu dan akhirnya beliau menyuruh aku untuk parking kereta kat tepi dan berehat kemudian balik. aku dalam hati melonjak-lonjak dengan gembira sekali. HAHA. 

bila lah aku boleh bawak kereta ni . =.="


toodles (:

until the next entry yaw!

No comments:

Post a Comment